Saturday, August 29, 2009

Mati otak

Apa yang dikatakan mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak tidak lagi berfungsi.
Aktiviti - aktiviti seperti pernafasan dan denyutan jantung juga tidak berfungsi.
Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.
Kematian otak mungkin terjadi akibat koma setelah mengalami keadaan-keadaan berikut;
  1. kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak. otak bengkak teruk oleh kerana jangkitan kuman atau virus atau ketumbuhan seperti barah otak.
  2. pendarahan dalam kepala yang teruk secara spontan oleh kerana urat saluran darah ke otak yang terputus akibat tekanan darah tinggi atau saluran darah yang tidak normal.
  3. strok (angin ahmar) yang teruk yang melibatkan seluruh otak kerana saluran darah yang tersekat oleh darah beku.
Seseorang yang mati otak tidak akan bernafas. Meskipun begitu, jantung pesakit itu masih didapati berdenyut. Ini adalah kerana jantung mempunyai peacemaker tersendiri daripada otak.
Jantung akan berdenyut selagi mendapat oksigen buat beberapa waktu, tetapi akan berhenti berdenyut akhirnya tidak lama selepas itu.
Melengahkan pemberhentian denyutan jantung boleh dilakukan dengan memberi bantuan pernafasan menggunakan mesin pernafasan dan sokongan ubatan.
Walaupun begitu, denyutan jantung akan berhenti juga akhirnya dan boleh disahkan meninggal dunia.
Kematian otak ini akan disusuli dengan kerosakan organ-organ dan anggota tubuh badan yang lain.


p/s: terpanggil untuk menulis entri ini berikutan banyak kematian yang berlaku pada individu-individu tertentu (tokoh hebat dan terbilang).
Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh mereka semua.

No comments:

Post a Comment