Saturday, August 29, 2009

Mati otak

Apa yang dikatakan mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan otak tidak lagi berfungsi.
Aktiviti - aktiviti seperti pernafasan dan denyutan jantung juga tidak berfungsi.
Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.
Kematian otak mungkin terjadi akibat koma setelah mengalami keadaan-keadaan berikut;
  1. kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak. otak bengkak teruk oleh kerana jangkitan kuman atau virus atau ketumbuhan seperti barah otak.
  2. pendarahan dalam kepala yang teruk secara spontan oleh kerana urat saluran darah ke otak yang terputus akibat tekanan darah tinggi atau saluran darah yang tidak normal.
  3. strok (angin ahmar) yang teruk yang melibatkan seluruh otak kerana saluran darah yang tersekat oleh darah beku.
Seseorang yang mati otak tidak akan bernafas. Meskipun begitu, jantung pesakit itu masih didapati berdenyut. Ini adalah kerana jantung mempunyai peacemaker tersendiri daripada otak.
Jantung akan berdenyut selagi mendapat oksigen buat beberapa waktu, tetapi akan berhenti berdenyut akhirnya tidak lama selepas itu.
Melengahkan pemberhentian denyutan jantung boleh dilakukan dengan memberi bantuan pernafasan menggunakan mesin pernafasan dan sokongan ubatan.
Walaupun begitu, denyutan jantung akan berhenti juga akhirnya dan boleh disahkan meninggal dunia.
Kematian otak ini akan disusuli dengan kerosakan organ-organ dan anggota tubuh badan yang lain.


p/s: terpanggil untuk menulis entri ini berikutan banyak kematian yang berlaku pada individu-individu tertentu (tokoh hebat dan terbilang).
Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada roh mereka semua.

Wednesday, June 3, 2009

Kehilangan Rabbit Hitam @ mika

Tarikh: 2 Jun 2009

Aku rasa pelik gak bila pagi ni tak nampak lagi muka si hitam, biasanya dia akan duduk bawah kereta kalau waktu malam aku biaq lepas luaq. Pelik... tapi tak pa aku tunggu je lah.. mungkin petang nanti balik lah si hitam tu..
Akhirnya, hari dah pun malam, tapi si hitam tak balik-balik jugak...si KOko pun bijak jugak.. macam dia tau ja si hitam 'boyfriend" dah hilang..waktu malam ni, aku bagi la si koko keluaq.. aku rasa dia pi cari hitam.. mungkin kat tempat depa biasa pi main-main..dah tu tak jumpa , mai balik rumah, report kat aku, Tuan.. si hitam tak dak la kat tempat biasa...Tapi tak pa tuan, nanti koko pi cari kat tempat lain pulak.. kot2 la boleh jumpa...Aku: OK...Ada la dalam 3-4 kali si Koko dok keluaq masuk rumah pi cari si hitam...Aku rasa dia pun dah give up.. hakikatnya si hitam dah HILANG....

Berbalik kepada sehari sebelum kejadian, hari Isnin baru-baru ni aku pergi ke MPOB sehari suntuk.. bila petang sampai rumah, aku lepas lah depa 2 ekor pi main luar, sebab dah seharian depa dok dalam rumah..mula-mula tu si hitam ni macam biasa la.. main2 kat luar, lepas tu dia akan masuk dalam rumah..kemudiannya, bila lepas maghrib tu.. dia keluaq pulak...start dari waktu tulah dah tak nampak bayang si hitam ni...

Post mortem kehilangan si hitam:
1. rasanya si hitam ada krisis ngan koko.. sebab sehari sebelum kejadian.. depa 2 ekor ni tak seiring sejalan dah.. yang aku perasan selama ni depa suka main sama-sama, tapi masa depa berkrisis tu, si koko dan si hitam dah tak get along..
2. mungkin sebab tu, si hitam ni merajuk kot.. dia ni walaupun jantan but a bit emotional, kalau dia tersangat gembira.. dia akan melompat sakan mcam dapat loteri... selama ni aku ingatkan dia buang tabiat da...tapi bila buat sikit research kat internet.. baru la tau.. rupanya simptom tu tunjukkan yang rabbit tersangat gembira la...
3. sekarang ni, kuil hindu tak jauh dari rumah ni ada sambut perayaan apa tah...bising dan memekak semacam ja.. rabbit ni sifatnya akan stress kalau bunyi yang terlampau bising.. tu yang dia nak lari jauh tu...
4.mungkin sebab dia asyik dan leka bermain sambil dok makan rumput, maka tak lah dia tersedar rupanya .. dia dah dok jauh dari rumah tuan. mungkin sesat tak jumpa jalan pulang..tapi setahu aku rabbit ni tak akan pergi main jauh-jauh dari rumah tuannya..
5. mungkin jugak dah jadi pemangsa kepada anjing atau ular? kat kawasan ni memang ada anjing tapi ular? rasanya tak kot..ada la jugak pi mencari keliling halaman rumah ni.. kot2 terjumpa bangkai dia.. tapi tak dak pun...
6.mungkin ada orang dah ambil.. bila rabbit pi sampai ke tepi jalan.. mana lah tau budak2 pi sekolah ka.. nampak.. terus ambik tanpa nak peduli perasaan tuan dia kalau rabbit ni hilang...biasanya kanak2 ja yang suka rabbit sebab comei...........dan bijak...

apa-apa pun aku akan terus berdoa, semoga si hitam dapat dijumpai semula.. kesian kat koko ni dah tak dak partner..rabbit ni sebenarnya binatang yang pandai bersosial.. tapi ngan kucing atau ayam depa tak mau la kawan... sebaliknya si kucing ngan ayam yang takut kat rabbit.. mungkin nak kena beli sekor jantan buat koko nanti...

Saturday, May 23, 2009

Bahan kimia dalam makanan

Roti & bahan berasaskan tepung gandum
Tahukah anda kenapa tepung berwarna putih? adakah gandum dalam bentuk asalnya memang warna putih? tidak adalah jawapannya. sebenarnya gandum didapati dalam warna kuning keperangan-coklat. kalau dikisar gandum untuk dijadikan tepung, warna ini masih kekal. takkan nak jual tepung yang warna keruh semacam ni? mesti nanti org ingat yang ni tepung lama ni...atas sebab itulah, maka pihak pengeluar & pemproses tepung menggunakan agen peluntur iaitu BENZOIL PEROKSIDA. bahan ni dah digunakan sejak tahun 1917 lagi. secara kimianya, bahan ini akan bertukar menjadi asid benzoik selepas 24 jam tepung dilunturkan.
Apa fungsi asid benzoik dalam makanan?
Asid benzoik adalah salah satu daripada bahan awet yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Penggunaannya terhad kepada makanan tertentu dan dalam kadar yang telah ditetapkan.
Apa yang terjadi kalau bahan kimia ni berada dalam tubuh manusia?
Ia tidak akan terkumpul dalam badan, sebaliknya dalam 66-95% akan dikeluarkan melalui perkumuhan air kencing.
Meskipun di US asid benzoik telah dikelaskan sebagai generally regarded as safe(GRAS), tidak terkecuali juga kesan sampingan yang boleh ada pada sesetengah individu.. mungkin jika dimakan dalam kadar yang banyak, boleh mengakibatkan loya & sakit perut. (penulis pernah merasai kesan sampingan seperti di atas bila dalam 1-3 hari cuma makan roti sahaja sebagai breakfast, lunch, dinner, supper. ni masa student dulu.. ni sebab malas nak pi beli makanan la. sibuk buat assingment, pulun la roti gardenia ..dah tu senak perut & cirit birit la..)
Bila cakap pasai roti, yang hat ni memang jadi makanan wajib bagi sesetengah individu for breakfast. sedap di buat bakar, sapu jem ka, kaya ka, buat sandwich, makan dengan tuna dan macam-macam lagi lah..Tahukah anda bahawa sebenarnya roti yang lembut tu kombinasi beberapa bahan kimia yang diadun sempurna supaya menjadi roti yang sedap, juga sungguh enak dimakan begitu sahaja !
Bahan asas membuat roti adalah tepung, air, ragi dan sedikit marjerin. Tapi cuba anda lihat pembalut roti yang banyak dijual di mana-mana kedai. Senarai bahan-bahan yang tertera sungguh banyak kan? Ha inilah bahan kimia yang digunakan untuk menyedapkan roti. Hasil pembuatan roti dengan menggunakan bahan asas di atas dan penambahan bahan-bahan kimia sama saja dari segi rupa bentuk dan warna. Cuma sedikit kekurangan apabila roti dengan bahan asal didapati tidak dapat tahan lama dan mudah berkulat serta agak kasar teksturnya. Berbanding roti dengan penambahan bahan kimia, roti tersebut lebih mudah dikoyakkan dan lembut. Jadi, cuba fikir secara mendalam, adakah apa yang kita makan tu benar-benar memberikan kita khasiat atau sekadar kita cuma makan bahan kimia semata-mata?
Perkataan kondisioner makanan mudah dijumpai di mana-mana pek bungkusan makanan. Apakah ia? Kondisoner makanan adalah bahan yang dapat membantu makanan untuk mendapatkan sifat-sifat tertentu atau yang diingini. Ia terdiri lebih daripada 103 bahan kimia yang boleh dibahagikan kepada 10 kumpulan besar. Pembahagian ini dibuat berdasarkan fungsi bahan-bahan tersebut dan satu bahan boleh bertindak lebih daripada satu fungsi. Contoh:
1) agen anti buih - mengawal atau mengurangkan pembentukan buih semasa proses memasak, fermentasi dan pembotolan. Adakah anda tahu bagaimana nak kawal pembentukan buih semasa memasak air kacang soya khusus untuk membuat tauhu? Buih yang terbentuk itu sebenarnya adalah saponin. Secara tradisi, orang dahulu kala cuma gunakan minyak bijan. (masukkan minyak bijan semasa buih terbentuk, dan buih itu akan hilang tak lama kemudian). Tetapi kini, pengenalan dimetilpolisiloksana (metil silikon, bendalir silikon) yang diperolehi secara sintetik memudahkan proses membuang buih-buih tersebut. Magik nya bahan ini kerana dalam masa beberapa saat sahaja, buih-buih boleh hilang berbanding masa yang diperlukan kalau menggunakan minyak bijan tadi. Sambungan kepada proses pembuatan tauhu tadi, bukan setakat silikon sahaja yang digunakan malah magnesium chloride atau calcium sulfate (cougulant agent) juga digunakan untuk memejalkan air soya dengan cepat. Jadi bila air soya tadi dah dipejalkan, maka mudahlah membentuk kepada potongan empat segi macam yang ada dijual di kedai-kedai.
Mudarat tak kalau makan tauhu dengan banyak? Setakat ni belum ada la lagi kes yang serius dilaporkan sebab banyak makan tauhu. Macam mana bahan kimia tadi semua dihilangkan? Ha.. perasan tak, kalau tauhu yang dijual tu, biasanya diletakkan dalam bekas yang berisi air kan? Itulah tujuannya supaya bahan-bahan kimia tadi disingkirkan dari tauhu. Jadi kalau anda beli banyak tauhu, sila la tukar air untuk merendam tauhu tu setiap hari bila simpan dalam freezer. Anda akan dapati, air yang telah direndam tauhu setelah lama akan bertukar menjadi keruh.

Friday, May 15, 2009

Perkara yang perlu tahu untuk bela rabbit

1. mesti kena ada air minum yang bersih setiap masa. air minum yang dah 6-7 jam akan bau masam.

2. bagi makan pellet dan hay. untuk pellet bagi setiap hari dan hay bagi 2 -3 kali seminggu. mulakan rabbit yang muda (remaja) dengan hay alfalfa. bila rabbit dah umur > 6 bulan (dewasa), tukar hay kepada jenis Timothy, orchard, bermuda. rabbit dewasa tak boleh makan banyak alfalfa hay sebab banyak protein, calcium, calorie. sat gi obesiti. dah tu senang la nak dapt heart attack ka..
sekali-sekala boleh bagi rabbit makan sayur dan buah-buahan..(kangkung 1 helai daun besar, suku karot, 1 pisang/ day). ni pun bagi 2 times per week.
p/s: karbohidrat yang banyak dlm buah, kacang, gula, jagung, kentang - boleh sebabkan system rabbit stress.

3. rabbit tak perlukan vaksin.

4. masalah serious kalau rabbit tak mau makan, minum & watery stool.

5.kepanasan yang melampau boleh sebabkan rabbit mati.

6. rabbit tak perlu mandi seumur hidup..kecuali kes terpencil

7. rabbit boleh cam suara Tuan nya.

8. kencing rabbit kalau jadi red-perang tu maknanya protein tak dapat digest dengan baik.

Friday, May 8, 2009

Rabbit seronok bermain di luar rumah

Tarikh: 8 Mei 2009


aku dok di rumah je. Ada hal kecemasan telah berlaku.. Ceritanya macam ni.. 2 ekor rabbit aku tu telah menghilangkan diri. Pada hari ni, aku bangun punyalah awal...4.30 am. buat la kerja menghadap laptop ni.. dah tu dalam kul 9.30 lebih kurang, mata ni memberat je..dah dok tercium bau bantai busuk..apalagi, landing la... rabbit 2 ekor tu macam biasa la, aktiviti di pagi hari, diorang akan bermain sesama sendiri..aku pulak memang dah peduli la kat depa tu..

hang pa pi main na, tuan nak tidoq sat..

ok, tuan.. beres..

agaknya la depa rasa bosan kot, asyik2 main kat tempat yang sama je... nak la explore kat luar pulak, kami dengaq ada ayam, burung, kucing.. kami pun nak kenai ngan depa semua tu..inilah kata2 rabbit tu.

aku ada tersedar si koko masuk bilik, dok ke hulu ke hilir buat putaq alam, gigit rambut aku la, pi sendel2 kat hujung kaki la. saja la kot nak minta izin nak pi main kat luar rumah. sebab nya ... pagar kat pintu depan tu terlonggar sikit. aku pasang tak berapa nak kemas..ha.. peluang dah ada. apa lagi kan...tengok aku tak bagi respon kot, dia ingat ok la tu...

rasanya mula2 tu koko yang pi keluar dulu.. lepas tu si mika tengok koko keluar dia pun nak join sekali.. jadinya menghilang la depa 2 ekor tu ke halaman rumah dan kawasan rumput2 meninggi tu...

aku tersedar jam dah kul 10.30 am. pelik gak pasai apa sunyi ja rumah aku ni, 2 ekor rabbit tu tak nampak batang hidung.. punya la mencari dalam rumah.. kot2 ada bawah meja, tempat depa suka lepak..ha.. tak dak jugak..isshhh dah tu aku tengok pagar kat pintu depan, tak berapa nak betoi.. ha sah depa dah melepas..keluaq..Pada ketika itu, aku tengok si mika ada kat kebun sayur, dok main melompat2 kat situ..yang hat ni dapat la aku tangkap, tapi si koko tak tau dah pi mana, tak nampak bayang langsung..

si mika pula merajuk, nyorok kat bawah meja, sebab dia tau si koko tu masih main kat luar. aku nak mencari pun, macam mana tu, dah la halaman ni luas, mengendap la jugak kot2 ada kat rumah jiran.. tak dak jugak..dalam tengahari tu, hujan turun dengan sederhana lebat, ishhh macam mana la koko ni, nyorok kat mana ni, sesat ka ?

apa nak buat, aku berdoa semoga koko dapat jumpa jalan pulang dan selamat.dah lewat petang tu, anak jiran hantaq buah pisang wat goreng nanti. kebetulan nya aku nampak koko kat depan kebun sayur. ha.. pandai pun koko balik, terus la tangkap masuk rumah..

pada malamnya, nampak sangat koko tu keletihan, tidoq je..kesian jugak, penat tu dok cari jalan balik, dah tu hari ni pulak hujan pun turun..


Tarikh: 9 mei 2009


Di pagi hari, macam biasanya la buka pintu bagi udara segar masuk.. bijak betoi la 2 ekor rabbit tu, depa punya la dok terlompat2 nak keluaq. koko pulak berdiri ja..aku tau depa nak keluaq.. sebab semalam kan dah keluaq..suka la tu.. main kat luar..

aku pulak buat tak tau ja, ishh tak mau la bagi depa main kat luar sebab la ni hujan..sat gi la na, aku pujuk la depa makan dulu, sat gi baru boleh main, ok tuan , kami makan ye.. tunggu punya tunggu, tuan tak mau jugak bagi kami main kat luar, ishhh kami merajuk ni, buat la muka seposen 2ekor tu. hai kesian kan depa ni la , aku lepas la jugak main kat luar..koko dan hitam mula2 tu pusing kat kebun sayur ja, lepas tu tunjuka la depa ni pandai balik rumah, sebab dah lepas main2 tu memang depa balik rumah pun. dah tu tanpa disedari, rupanya 2 ekor tu dah menghilang entah pi mana..biaq pi la sat gi depa balik la tu...

aku pulak memasak la apa yang patut.. hari ni nak masak thai red curry ikan merah.. dlam 1 pm si koko balik ke rumah, nak tidoq la tu.. tapi si mika ni tak nampak2 jugak. rupanya dalam kul 2 pm barulah si hitam balik ke rumah, dia pun nak tidoq jugak

Tuan, best la pi main kat luar, esok bagi kami main kat luar lagi na ....

Aku: ??????



Diari Mika & Koko




Tarikh: 25 Mac 2009

Hari ni pi Mid Valley. Saja jln2 bawa ayah angkat adik. Tapi memang dah plan nak beli rabbit sekor, kalu harga berpatutan la..Hmmm last2 tu memang beli pun.. Amik starter set rabbit: cage, food, botoi susu dan rabbit cross breed. Semua ni ada la dalam RM200++. Rabbit aku pilih kaler hitam, dah tak banyak choice, ni pun sbb tgk dia aktif sgt. Jantan la katakan.. Tapi yg sebenarnya, rabbit ni aktif bila waktu senja dan awal pagi. Oleh sebab dah lewat nak balik Banting, tidoq la kat UKM dulu. Oleh sebab tak boleh bebas, dok la dia dlm cage tu.. Sat2 tidoq, lepas tu boleh plak bangun pi makan. Rabbit ni kalau tidoq macam baring (rebahkan badan dia), macam kucing la jugak. Tapi mata tak boleh nak katup rapat.

Tarikh: 26 Mac

Awal pagi ni, rabbit diberi kebebasan untuk keluar / explore dari cage. Ha.. ha.. lantai jubin kat bilik tu, aku rasa la rabbit tu rasa macam main ice skating… nak lompat tak boleh.. silap2 brek tak makan, terbabas tu.. Apa2 pun, hari ni rabbit akan balik ke Banting. Yahoo…..Aku search jugak kat internet, maklumat pasal rabbit ni.. Hmm. rupanya rabbit ni jenis toilet train.. aku pun start la train dia. Waktu malam, memang kurung dlm cage. Rabbit ni pun tak tau nak buat apa, dia makan, tidoq, berak, kencing…

Tarikh: 27 Mac

Bangun pagi, nak pi bersihkan la cage rabbit. Mak ai… ayaq kencing punya la banyak, bersepah2 la pulak.. ish… tak paham jugak rabbit ni, kita suruh berak kencing setempat. Tapi tak pa, hari ni aku train rabbit cakap English macam PPSMI tu… ala cakap banyak2 pun bukan dia paham, jadi yes dengan no je la… Pagi ni pi bank, tengok ada rabbit di jual kat kedai amoi tu.. beli la sekor betina. Color brown. Ni buat member si black kat rumah.. he..he.. he.. aku introduce black dengan brown. Baguih betoi la si black ni, ramah betul.. dia la yang mula2 say hai to brown.. si brown pulak, malu2.. lepas tu, black identify brown as female!!. Macam mana? Ha.. dia kan check bahagian ‘tut’ si brown.. ha.. pandai dak??. Lepas tu main kejar2 la.. black kat belakang ligan brown kat depan.. Depa ni umur sebaya.. Cuma brown kecil sikit sbb dia betina..Aku pun lepas kan si black dan brown untuk main2. Hm.. depa ni tak mengantuk pun.. rupanya…Aku dah lewat mlm ni, nak tidoq la tapi depa masih lagi aktif.. aku rasa la depa ni tak tidoq pun..

Tarikh: 28 Mac

Setakat hari ni, si black tu dah pandai jaga berak kencing dia.. pi kat tempat yang khas dah… cekap pick-up la ..baguih…tapi si brown ni lembap sikit, masih lagi bersepah.. harap2 si black dapat tunjuk ajar dia.. dah kul 12 tgh, tapi depa ni masih tak mau jugak nak tidoq.. ha.. aku tangkap bubuh kat dlm cage tu, dua2 ekor suruh tidoq.. mula2 tu ketegaq jugak. Si black tu dok gigit je besi cage. Nak keluar la tu… lama2 memang dah letih, dia pun tidoq la dgn nyenyaknya.. sampai kul.. 5 pm. Tapi dlm pada tu, ada gak dia bangun tuk makan.. bila mlm pulak, aku kurung kan si brown dlm cage, sebab dia nakal sgt, pi kencing merata2. yang hat black tu dok la main kat luar. Bila dia sedar si brown ada kat dlm cage kena kurung, dia pun sibuk nak masuk dlm cage. Terjengok2 kot2 ada jalan boleh masuk.. si brown pulak kalau dia makan, mesti dia dok dalam pinggan clay tempat makanan depa. Tak mau bagi si black makan.. mlm ni aku rasa depa dua ekor ada krisis ni, sebab si black tu tidoq kat luar mlm ni.. lucu betoi la tgk dia tidoq..awal la pulak si black masuk tidoq.. yang aku dok geram kat brown ni, kuat makan, tapi masih tak pandai kencing berak setempat.. rabbit ni murah, RM 15, local breed la kot, aku tanya amoi kedai tu, dia tak tau pulak..yang hat ni kurang bijak sikit. Tapi si black memang smart rabbit. Baka baik ni. Aku pun tak sedar bila la dua ekor tu pi gigit button remote Astro. Mintak2 la depa tak jatuh sakit. Risau gak kot getah tu jadi toxic pulak.


Tarikh: 29 Mac

Hari ni rabbit sihat2 sja. Aku cuba bagi makan karot pulak. Hmm. sedap nya .. black suka.. eee..brown pun suka..Tapi najis diorang kalau makan karot lain sikit, lebih kecil dan lebih berwarna hitam. Macam baja humus Jepun tu…. Aku ada jugak bagi depa makan celery. Suka betul… nyummmy..

Tarikh: 3 April

Rabbit ni sebenarnya binatang yang pembersih. Emmm. Aku terlupa dan malas nak cuci litter box diorang, rupa2nya depa ni tak mau berak dan kencing…dan juga makan… sebab dah bau semacam kot… dah tu, aku pun pi la cuci dan buang semua taik2 depa ni..tau2 ja lepas aku dah cuci, elok2 letak je litter box diorang, terus si brown pancut dan berak… sama la juga si black…elok lepas tu makan pulak… depa ni suka betoi makan karot..sedap ooo…petang aku ke mines pi plc.. shopping makanan depa.. cuba bagi depa makan hay (rumput kering), mula2 tu tak berapa suka. Sama la dengan kekacang2 tu. Ok tak pa la kot, bagi depa serasi dulu ngan bau tu. Ha.. satu lagi aku cuba la bagi depa makan nenas kering, ala yang beli kat Cameron highland.. tu..punya la depa suka hingga nak menjilat jari aku…sedap nya… nyummy…Tapi aku tak bagi banyak sangat, kot2 senak dan terus cirit pulak..

Tarikh: 4 April

Hari ni aku tengok makanan depa yang hat semalam tu habis licin…makan pun depa akhirnya.. suka la aku.. tak sia2 aku pi membelinya.. dan hari ni aku dah boleh tengok dua2 ekor ni dah pandai jaga berak kencing diorang… akau cuba lalepas depa main2 kat depan ni.. sebaba smalam dah kena kurung dan dah lama depa tak berlari kesana sini. Aku tengok, kalau si black tu ada rasa nak berak ke, kencing ke, dia dah pandai pi balik ke rumah depa untuk melepas. Sama la juga dengan si brown. Ehh. Ni membuatkan aku dah boleh buka pintu pagar untuk depa…setiap masa. Kecuali tak boleh masuk bilik tidor..dan dapur….satu lagi aku dapati juga, bila masa si brown dengar bunyi yang menakutkan, dia terus er lari ke arah cage dan masuk ke dalamnya.. akhirnya depa ni dah tau had tang mana depa boleh main dan lepak serta rumah depa…


Tarikh: 1 Mei

Lama la pulak tak tulis citer pasai dua ekor ni.. Hari tu lap top jahanam.. motherboard.. pi kat low yat sampai 3 kedai.. depa semua pun tak boleh nak repair… jahanam teruk sangat kot.. sebab rosak pun, display chip terbakar…. Masih boleh on.. tapi no display dan tak boleh boot jugak.. kalau dapat repair pun, ada la dalam > RM 250++. Naik gila la aku laptop rosak.. takut semua data research 3 tahun ni habis padam..ada la dalam 3 minggu kot aku dok pi ulang – alik ke low yat tu..last 2 tu ha.. beli yang baru la…nasib baik disk yang lama boleh guna, so just copy data tu ke laptop baru..

Pada 18 April lepas, balik kampong sebab acun kawin.. ha… rabbit 2 ekor ni pun ikut sama la pi kedah…masa mula2 letak depa dalam box Ikea dan letak kat seat depan, depa ni punya la buat terpinga2… kenapa ni.. nak pi mana ni?? Macam tulah kot yang depa rasa. On the way to Kedah, depa tak berapa nak makan, masih takut..tu. bila kereta berhenti, baru depa mula makan.. berak dan kencing pun tak sangat..sampai je kat rumah di kampong, ha si black tu terus membuang.. banyak pulak tu …punya la dia tahan

Sekarang ni rabbit pun sihat selepas dah balik ke banting.. depa ni bijak la jugak .. pasai masih boleh recognize rumah aku kat banting ni..tau je pot lepak depa..sekarang ni aku nak panggil black as mika dan brown as koko..aku pun dah benarkan depa pi ruang dapur… tapi depa ni tak pergi main2 kat situ sangat.. kadang2 je kalau depa rasa takut sangat2, ha… depa akan duduk bawah meja kat dapur tu.. sikap rabbit yang paling aku tak suka, depa ni suka gigit wayar.. hari tu.. aku nak guna internet..tapi tak dpt connect, pelik gak.. dah tu check la wayar kabel RJ 45 tu. Ha sah… ada kesan rabbit gigit, dah tu line wayar merah kot yang putus..hampeh sungguh, nasib baik kabel tu tak mahai sgat.. boleh la beli yang baru..sebelum ni pun si black tu dah pernah gigit wayar study lamp sampai berlaku percikan elektrik. Aku pun pertama kali seumur hidup live tgk electric fire warna kebiruan rupanya…si mika ni terkejut sgat, tapi tak lah sampai pucat lesi. Dah tu, lampu tak leh nyala la .. sebab wayar dlm dah putus.. ishh.. tak kan la aku nak beli baru ka.. guna logic akal, aku rasa elektrik tak sampai ke mentol sebab wayar dah putus, jadi aku lipatkan sikit wayar tu, bagi cantum. Ha… boleh pun guna balik.. ini kira ok la, sebab voltan tak banyak, kena wayar seterika ka, oven ka, kettle ka, … naya aku nak beli baru…