Saturday, May 23, 2009

Bahan kimia dalam makanan

Roti & bahan berasaskan tepung gandum
Tahukah anda kenapa tepung berwarna putih? adakah gandum dalam bentuk asalnya memang warna putih? tidak adalah jawapannya. sebenarnya gandum didapati dalam warna kuning keperangan-coklat. kalau dikisar gandum untuk dijadikan tepung, warna ini masih kekal. takkan nak jual tepung yang warna keruh semacam ni? mesti nanti org ingat yang ni tepung lama ni...atas sebab itulah, maka pihak pengeluar & pemproses tepung menggunakan agen peluntur iaitu BENZOIL PEROKSIDA. bahan ni dah digunakan sejak tahun 1917 lagi. secara kimianya, bahan ini akan bertukar menjadi asid benzoik selepas 24 jam tepung dilunturkan.
Apa fungsi asid benzoik dalam makanan?
Asid benzoik adalah salah satu daripada bahan awet yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Penggunaannya terhad kepada makanan tertentu dan dalam kadar yang telah ditetapkan.
Apa yang terjadi kalau bahan kimia ni berada dalam tubuh manusia?
Ia tidak akan terkumpul dalam badan, sebaliknya dalam 66-95% akan dikeluarkan melalui perkumuhan air kencing.
Meskipun di US asid benzoik telah dikelaskan sebagai generally regarded as safe(GRAS), tidak terkecuali juga kesan sampingan yang boleh ada pada sesetengah individu.. mungkin jika dimakan dalam kadar yang banyak, boleh mengakibatkan loya & sakit perut. (penulis pernah merasai kesan sampingan seperti di atas bila dalam 1-3 hari cuma makan roti sahaja sebagai breakfast, lunch, dinner, supper. ni masa student dulu.. ni sebab malas nak pi beli makanan la. sibuk buat assingment, pulun la roti gardenia ..dah tu senak perut & cirit birit la..)
Bila cakap pasai roti, yang hat ni memang jadi makanan wajib bagi sesetengah individu for breakfast. sedap di buat bakar, sapu jem ka, kaya ka, buat sandwich, makan dengan tuna dan macam-macam lagi lah..Tahukah anda bahawa sebenarnya roti yang lembut tu kombinasi beberapa bahan kimia yang diadun sempurna supaya menjadi roti yang sedap, juga sungguh enak dimakan begitu sahaja !
Bahan asas membuat roti adalah tepung, air, ragi dan sedikit marjerin. Tapi cuba anda lihat pembalut roti yang banyak dijual di mana-mana kedai. Senarai bahan-bahan yang tertera sungguh banyak kan? Ha inilah bahan kimia yang digunakan untuk menyedapkan roti. Hasil pembuatan roti dengan menggunakan bahan asas di atas dan penambahan bahan-bahan kimia sama saja dari segi rupa bentuk dan warna. Cuma sedikit kekurangan apabila roti dengan bahan asal didapati tidak dapat tahan lama dan mudah berkulat serta agak kasar teksturnya. Berbanding roti dengan penambahan bahan kimia, roti tersebut lebih mudah dikoyakkan dan lembut. Jadi, cuba fikir secara mendalam, adakah apa yang kita makan tu benar-benar memberikan kita khasiat atau sekadar kita cuma makan bahan kimia semata-mata?
Perkataan kondisioner makanan mudah dijumpai di mana-mana pek bungkusan makanan. Apakah ia? Kondisoner makanan adalah bahan yang dapat membantu makanan untuk mendapatkan sifat-sifat tertentu atau yang diingini. Ia terdiri lebih daripada 103 bahan kimia yang boleh dibahagikan kepada 10 kumpulan besar. Pembahagian ini dibuat berdasarkan fungsi bahan-bahan tersebut dan satu bahan boleh bertindak lebih daripada satu fungsi. Contoh:
1) agen anti buih - mengawal atau mengurangkan pembentukan buih semasa proses memasak, fermentasi dan pembotolan. Adakah anda tahu bagaimana nak kawal pembentukan buih semasa memasak air kacang soya khusus untuk membuat tauhu? Buih yang terbentuk itu sebenarnya adalah saponin. Secara tradisi, orang dahulu kala cuma gunakan minyak bijan. (masukkan minyak bijan semasa buih terbentuk, dan buih itu akan hilang tak lama kemudian). Tetapi kini, pengenalan dimetilpolisiloksana (metil silikon, bendalir silikon) yang diperolehi secara sintetik memudahkan proses membuang buih-buih tersebut. Magik nya bahan ini kerana dalam masa beberapa saat sahaja, buih-buih boleh hilang berbanding masa yang diperlukan kalau menggunakan minyak bijan tadi. Sambungan kepada proses pembuatan tauhu tadi, bukan setakat silikon sahaja yang digunakan malah magnesium chloride atau calcium sulfate (cougulant agent) juga digunakan untuk memejalkan air soya dengan cepat. Jadi bila air soya tadi dah dipejalkan, maka mudahlah membentuk kepada potongan empat segi macam yang ada dijual di kedai-kedai.
Mudarat tak kalau makan tauhu dengan banyak? Setakat ni belum ada la lagi kes yang serius dilaporkan sebab banyak makan tauhu. Macam mana bahan kimia tadi semua dihilangkan? Ha.. perasan tak, kalau tauhu yang dijual tu, biasanya diletakkan dalam bekas yang berisi air kan? Itulah tujuannya supaya bahan-bahan kimia tadi disingkirkan dari tauhu. Jadi kalau anda beli banyak tauhu, sila la tukar air untuk merendam tauhu tu setiap hari bila simpan dalam freezer. Anda akan dapati, air yang telah direndam tauhu setelah lama akan bertukar menjadi keruh.

No comments:

Post a Comment