Tarikh: 8 Mei 2009
aku dok di rumah je. Ada hal kecemasan telah berlaku.. Ceritanya macam ni.. 2 ekor rabbit aku tu telah menghilangkan diri. Pada hari ni, aku bangun punyalah awal...4.30 am. buat la kerja menghadap laptop ni.. dah tu dalam kul 9.30 lebih kurang, mata ni memberat je..dah dok tercium bau bantai busuk..apalagi, landing la... rabbit 2 ekor tu macam biasa la, aktiviti di pagi hari, diorang akan bermain sesama sendiri..aku pulak memang dah peduli la kat depa tu..
hang pa pi main na, tuan nak tidoq sat..
ok, tuan.. beres..
agaknya la depa rasa bosan kot, asyik2 main kat tempat yang sama je... nak la explore kat luar pulak, kami dengaq ada ayam, burung, kucing.. kami pun nak kenai ngan depa semua tu..inilah kata2 rabbit tu.
aku ada tersedar si koko masuk bilik, dok ke hulu ke hilir buat putaq alam, gigit rambut aku la, pi sendel2 kat hujung kaki la. saja la kot nak minta izin nak pi main kat luar rumah. sebab nya ... pagar kat pintu depan tu terlonggar sikit. aku pasang tak berapa nak kemas..ha.. peluang dah ada. apa lagi kan...tengok aku tak bagi respon kot, dia ingat ok la tu...
rasanya mula2 tu koko yang pi keluar dulu.. lepas tu si mika tengok koko keluar dia pun nak join sekali.. jadinya menghilang la depa 2 ekor tu ke halaman rumah dan kawasan rumput2 meninggi tu...
aku tersedar jam dah kul 10.30 am. pelik gak pasai apa sunyi ja rumah aku ni, 2 ekor rabbit tu tak nampak batang hidung.. punya la mencari dalam rumah.. kot2 ada bawah meja, tempat depa suka lepak..ha.. tak dak jugak..isshhh dah tu aku tengok pagar kat pintu depan, tak berapa nak betoi.. ha sah depa dah melepas..keluaq..Pada ketika itu, aku tengok si mika ada kat kebun sayur, dok main melompat2 kat situ..yang hat ni dapat la aku tangkap, tapi si koko tak tau dah pi mana, tak nampak bayang langsung..
si mika pula merajuk, nyorok kat bawah meja, sebab dia tau si koko tu masih main kat luar. aku nak mencari pun, macam mana tu, dah la halaman ni luas, mengendap la jugak kot2 ada kat rumah jiran.. tak dak jugak..dalam tengahari tu, hujan turun dengan sederhana lebat, ishhh macam mana la koko ni, nyorok kat mana ni, sesat ka ?
apa nak buat, aku berdoa semoga koko dapat jumpa jalan pulang dan selamat.dah lewat petang tu, anak jiran hantaq buah pisang wat goreng nanti. kebetulan nya aku nampak koko kat depan kebun sayur. ha.. pandai pun koko balik, terus la tangkap masuk rumah..
pada malamnya, nampak sangat koko tu keletihan, tidoq je..kesian jugak, penat tu dok cari jalan balik, dah tu hari ni pulak hujan pun turun..
Tarikh: 9 mei 2009
Di pagi hari, macam biasanya la buka pintu bagi udara segar masuk.. bijak betoi la 2 ekor rabbit tu, depa punya la dok terlompat2 nak keluaq. koko pulak berdiri ja..aku tau depa nak keluaq.. sebab semalam kan dah keluaq..suka la tu.. main kat luar..
aku pulak buat tak tau ja, ishh tak mau la bagi depa main kat luar sebab la ni hujan..sat gi la na, aku pujuk la depa makan dulu, sat gi baru boleh main, ok tuan , kami makan ye.. tunggu punya tunggu, tuan tak mau jugak bagi kami main kat luar, ishhh kami merajuk ni, buat la muka seposen 2ekor tu. hai kesian kan depa ni la , aku lepas la jugak main kat luar..koko dan hitam mula2 tu pusing kat kebun sayur ja, lepas tu tunjuka la depa ni pandai balik rumah, sebab dah lepas main2 tu memang depa balik rumah pun. dah tu tanpa disedari, rupanya 2 ekor tu dah menghilang entah pi mana..biaq pi la sat gi depa balik la tu...
aku pulak memasak la apa yang patut.. hari ni nak masak thai red curry ikan merah.. dlam 1 pm si koko balik ke rumah, nak tidoq la tu.. tapi si mika ni tak nampak2 jugak. rupanya dalam kul 2 pm barulah si hitam balik ke rumah, dia pun nak tidoq jugak
Tuan, best la pi main kat luar, esok bagi kami main kat luar lagi na ....
Aku: ??????
lawak la hg crita pasai rabbit ni..hahha...
ReplyDeleteamboi..ingatkan x layan blog..;p